Cerpen : Perkongsian 2 Jiwa
Aqilah membetulkan duduknya. Kurang selesa agaknya duduk di atas kerusi kayu yang agak keras itu. Sesekali terdengar keluhan. Letih mungkin melayan kerenah aku. Renungan tajamnya sedikit sebanyak membuatkan aku mengubah dudukku. Sekejap ke kiri, sekejap ke kanan.
Memang fiilnya suka manatap mata apabila berbicara. Lebih yakin katanya. Matanya masih lagi merenung mataku. sedikit berkaca. Kebetulan dia tidak mengenakan kanta mata hari ini,
“pedih mungkin, sampai berair mata Qilah,” tekaku didalam hati.
****
Aku tahu dia cuba menyelami gelojak hatiku dan aku sangat yakin yang dia tidak akan faham dan usahanya akan gagal, kerana dia tidak berada di tempat aku.
Tetapi kesugguhannya itu menjadikan aku sangsi dengan diri sendiri. Dia benar-benar yakin yang dia boleh membantu aku. Dia masih tidak berputus asa. Masih lagi terpaku di situ, membisu dan membatu menunggu aku memulakan bicara. Tetapi apakan daya, aku tidak mampu meluahkan segalanya.
Hampir setengah jam keadaan itu berlanjutan. Jam digital Casio yang tak pernah lekang dari pergelangan tangannya itu sesekali aku jeling. Sayang sungguh dia dengan jam pemberian ibunya itu.
Hampir 5.30 petang. Akhirnya aku mengalah. Aku pasti dia tetap dengan pendiriannya, jadi lebih baik aku mulakan sebelum malam bertandang. Aku pun mulai menyusun kata-kata.
“Jom makan. Saya lapar la sebab tak makan tengah hari tadi. Saya belanja” tuturku bersahaja.
Lama dia membisu. Air mukanya berubah. Jika tadi raut wajahnya kelihatan tenang kini, keningnya yang lebat itu mulai bertaut. Dia melepaskan keluhan panjang tanda protes dan kecewa dengan tindakan aku yang aku kira tidak diduga olehnya.
Kemudian perlahan dia mencapai beg coklat kehitaman miliknya, disandang kemas di bahu sebelah kanan. Lantas dia memulakan kata.
“ kalau macamtu tak apalah. Saya dah makan tengahari tadi. Dan saya tak lapar. Lain kalilah awak belanja saya. Saya balik dulu. Jumpa esok. Assalamualaikum,” nadanya kedengaran lebih tegas tidak seperti selalu.
Seraya itu dia terus berlalu meninggalkan aku dalam keadaan terpinga-pinga.
“waalaikumsalam.”
Aku tahu dia kecewa sebab aku tidak menceritakan hal sebenar padanya. Tetapi, langsung aku tidak sangka tindakan itu yang akan diambil.kerana dia tidak suka menghampakan dan mengecewakan orang lain.
Aku cepat-cepat menggalas beg dan berlalu meninggalkan perkarangan masjid. Konon ingin mematikan langkahnya, hinggakan aku terlupa langkahnya sering diatur laju. Hanya kelibatnya sahaja yang dapat kulihat menghilang di celah-celah bangunan.
****
Sesekali Aqilah, membetulkan kedudukan cermin matanya yang sedikit melurut ke bawah. Sambil berbaring di katil, dia berusaha mengkhatamkan buku 7 tipu daya syaitan ke atas umat Islam karangan ustaz hafiz firdaus Abdullah.Aqilah memang seorang ulat buku. Hampir sehari suntuk dia menghabiskan masa untuk menghadam isi kandungan buku itu.
Hanya tinggal beberapa helaian terakhir, tiba-tiba telefon blackberrynya bergetar. Sengaja ditukarkan mode telefon itu kepada mode senyap, kerana tidak mahu diganggu. Tertera di skrin Shakira Shahir.
Ikutkan hati ingin dimatikan sahaja panggilan itu, tetapi kerana tidak mahu mengecewakan si pemanggil yang berusaha menghubunginya dijawabnya juga panggilan itu.
“ Assalamualaikum
Qilah. Sibuk ke?” berhati benar bunyinya memulakan bicara.
“waalaikumsalam. Sibuk? Takdelah sibuk sangat. Tengah baca buku. Tak buat apa-apa pun. Mimpi apa telefon ni? Selalu mesej je,” balasnya.
“saja-saja telefon. Sori sangat petang tadi,”
Lama, shakira menanti respon Aqilah. Tiada. Cuma kedengaran, putaran laju bilah kipas syiling di biliknya.
“mungkin qilah masih marah dengan aku,” ngomelnya dalam hati.
“Hello, Qilah?” ada nada cemas.
“Hello, ye, qilah ada lagi kat sini. Pasal petang tadi tu. Jangan risaulah. Tak apa. Mungkin Qilah yang terlalu mendesak, sedangkan Ira tak bersedia pun lagi nak berkongsi. Bukan apa, Qilah cuba nak menolong, tapi kalau tak sudi ditolong terpulanglah,” bersahaja tapi penuh maksud yang tersirat.
“ ermmm… oklah Qilah. Jumpa esok. Assalamualaikum.”
“waalaikumsalam.”
Talian dimatikan.
“aku tersalah cakap ke? Cepat betul letak telefon. Patutnya aku yang letak. Ni terbalik pulak. Tak faham betul la aku manusia ni.”
Aqilah meneruskan pembacaannya sehingga terlena.
****
Laju langkah kuatur agar segera sampai ke kelas. Aku dah buat keputusan untuk menceritakan hal yang sebenar kepada Aqilah. Aku tahu dia adalah seorang yang amanah dan boleh dipercayai.
Seusai kelas Dr. Abdullah, aku segera memuatkan buku kedalam beg. Aku mesti jumpa Aqilah. Sekarang juga.
“Ha! Ira ada apa-apa nak beritahu saya?” belum sempat aku mengatur langkah, Aqilah terlebih dahulu mendapatkan aku.
Aku sekadar tersenyum simpul.
“Macamana dia boleh baca isi hati aku ni?” ngomelku dalam hati.
****
Aku cuba melepaskan nafas dengan perlahan. Ligat otak aku berfikir, cara untuk menyusun butir bicara.
“susah betul la,” desisku dalam hati.
Aku cuba juga memulakan perbualan.
“ Sebenarnya…
Nafas aku seakan tersekat.
Aqilah mulai mengerutkan dahinya, tanda menuntut butir kata seterusnya. Lagaknya tak ubah seperti Ahmad Nisfu dalam cerita P. Ramlee. Lucu pun ada.
“ sebenarnya…. Ira…,” Qilah mulai membantu Shakira menghabiskan bait kata.
“ Ira ada masalah dengan rakan serumah Ira. Entahlah dingin benar dia dengan Ira seminggu dua ini. Rungsing juga. Tak tahu kenapa. Dia ada masalah ke? Dia tertekan sebab pelajaran ke? Dia sakit ke? Dia terasa hati dengan Ira ke?” tersekat-sekat aku cuba menjelaskan.
“Kenapalah payah sangat aku nak cerita dengan Qilah ni?” rempanku di dalam hati.
Aqilah tekun mendengar sambil tersenyum melihat telatah aku yang bagai anak kecil yang baru belajar bertutur. Sesekali dibetulkan sisi tudungnya yang sedikit terangkat ke bahu ditiup bayu petang.
****
“Qilah rasa, Ira dah cerita semuakan? Sebab raut wajah Ira lain sikit dari tadi. Nampak macam baru jatuhkan beban yang berat dari kepala Ira” yakin dia berbicara seakan memahami keadaan.
“ok, sekarang Ira dengar apa yang Qilah nak cakap. Jangan tanya apa-apa sampai Qilah berhenti. Ok?,”
Tegas benar bunyinya tapi berjaya mencuit hatiku. Lucu.
“ Ira nak tahu sesuatu tak?” tanyanya penuh bersemangat seperti selalu.
Aku tidak memberikan sebarang respon, angguk pun tidak geleng pun tidak.
“Tak apalah Qilah nak cakap juga. Ira nak tahu tak Umar Al khattab pernah berkata : Janganlah kamu berprasangka terhadap kalimat yang keluar yang keluar dari saudara kamu yang beriman kecuali dengan prasangka yang baik selama kamu mendapati kemungkinan untuk memahaminya dengan pemahaman yang baik.”(oleh ibn kathir dalam tafsir alquran al adzim, jld 4, ms 193,(tafsir bagi ayat 49:12)
Tersentak aku mendengarnya. Memang aku banyak berprasangka yang bukan-bukan.
Qilah meruskan lagi bicaranya.
“ Ha lagi satu, seorang tokoh islam pernah berpesan: apabila sampai kepada kamu berita tentang saudara kamu yang tidak menyenangkan, maka carilah untuk dia sesuatu alasan degan kesugguhan usaha kamu. Dan jika tidak menemuinya maka katakanlah kepada dirimu: “Barangkali dia mempunyai alasan yang aku tidak mengetahuinya.” (tabaqat ahl madinah: Abd Allah b. zaid al jarani)
Panjang lebar penjelasan Aqilah, penuh dengan hikmah yang kurang jelas pada aku sebelum ini.
Bait kata-katanya sesekali membuat aku terpaksa menyeka mutiara jernih yang tidak henti-henti mengalir.
“shakira jangan menagis depan dia. Malulah.” monologku di dalam hati.
Tetapi sungguh aku tidak mampu menahan empangan air mata ini. Laju deras membasahi pipi. Puas dan ringan sedikit setelah menceritakan segalanya kepada yang sudi mendengar. Sungguh aku rasa sedikit lapang.
“jadi sekarang ni, Ira tak payah nak fikir-fikir sangat masalah tu. Masalah dengan manusia ni, takkan ada penyelesaian. Buat tak tahu je. Qilah rasa, dia ada alasan yang sangat kukuh dengan tindakannya itu. Bukannya dia tak tahu dosa pahala. Sebenarnya manusia ni, perlukan orang lain untuk memahamkan dirinya, kerana ada satu-satu tahap, dia sendiri pun tak faham dengan diri sendiri. Serius Qilah cakap, Qilah yakin, dia pun tak tahu kenapa dia buat Ira macam tu,”
Aku tunduk membisu. Malu ingin medongakkan wajah, bimbang dilihat Qilah mata yang kemerahan menangis.
“lagipun Qilah yakin, ini adalah satu bentuk imtihan dan ujian yang Allah telah cipta khas untuk Ira. Ta taklifa illa bi maqdur. Sesungguhnya ujian ini tidak akan ditimpakan atas Ira kalau Ira tak mampu. Jadi pesan Qilah jangan lari dari masalah. Sebab kalau Ira lari sampai bila pun Ira takkan tahu apa hikmah disebalik semua ini. Ok,?” qilah mematikan perbualan sambil mengenyitkan mata kanannya yang sedikit kuyu itu.
“comel juga kawan aku ni,” tawaku dalam hati.
****
Perbualan kami terhenti disitu jam hampir menunjukkan12 tengah hari.
“Atas dasar terima kasih aku pada Aqilah aku nak belanja dia makan tengah harilah,” tukasku dalam hati.
“Ira nak belanja Qilah makan tengah harikan? Kan? Kan? Ha jomlah perut Qilah pun dah berbunyi ni.” yakin sungguh bunyinya.
Aku menguntum senyum.
“macamana dia boleh tahu ni?” aku mengangguk sambil menggaru kepala.
****
Apa pun, aku masih lagi mengharap masalah ini akan selesai. Aku tahu dengan bercerita dan berkongsi dengan Aqilah, bukan dapat menyelesaikan masalah, tapi sekurang-kurangnya ada orang yang boleh menasihati aku.
Ada yang boleh mengingatkan aku tentang perkara kebaikan.
Ada yang boleh berpesan pesan pada aku tentang perkara kebenaran.
Aku tidak keseorangan. Aku teringat kepada hadis Rasululllah s.a.w yang mafhumnya:
“wajib ke atas kalian berjemaah. Berhati-hati dari perpecahan kerana sesungguhnya syaitan bersama orang yang bersendirian dan menjauhi orang yang berdua(yakni berjemaah). Sesiapa yang menginginkan tempat di tengah-tengah syurga maka hendaklah dia sentiasa berjemaah.(shahih sunan al tirmizi)
sumber : www.theapprenticespirit.blogspot.com
sumber : www.theapprenticespirit.blogspot.com
Comment Form under post in blogger/blogspot